Siapakah hos AF8 pilihan anda?

Tuesday, December 29, 2009

Bung Moktar Akui Nikah Zizie Ezette!!!


KL, 21 DISEMBER 2009: Teka-teki bahawa pelakon Zizie Ezette, 31, telah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 50, telah terjawab apabila tokoh politik itu mengakuinya kepada akhbar tempatan semalam.

Murai Batu nak ucapkan tahniah kepada Bung khususnya kerana beliau sebelum ini menafikan perkara yang baik itu walaupun rakan terdekatnya sendiri daripada kalangan politician telah mengesahkan tentang perkahwinan mereka kepada pihak media.

Malah Murai Batu lihat berita gosip tentang Zizie dan Bung memang hot sebab turut dipaparkan sebagai berita utama di akhbar Cina tempatan.

Beberapa hari lalu, Zizie dan ibunya dramatis Kathy Fauziah bagaimanapun hanya memilih jalan selamat untuk tidak mengakui apa-apa dengan cakap berlapik apabila diminta mengulas tentang cerita perkahwinan itu. Ia mungkin kerana mereka mahu Bung sendiri mengakui atau mengiyakan perkara yang besar itu.
Jangan Tak Lihat
» Adakah AC Mizal Kekal Seb...» Kes Awal, Scha Tak Ganggu...» Farish, Marsha... Ada Apa...» Bung Moktar Akui Nikah Zi...» Desas-Desus AF8 Mula Berb...

4u-today faham sangat dengan situasi itu kerana semua yang terlibat ada sebab masing-masing untuk berahsia buat masa ini kerana mahu menjaga hati ramai pihak. Maklum sajalah, Zizie telah mempersuamikan seorang ahli politik yakni seseorang yang punya high-profile dan lantang bersuara dalam Dewan Rakyat.

Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)bagaimanapun enggan mendedahkan bila dan di mana perkahwinan itu berlangsung dan akan memberitahu segala-galanya apabila tiba masa yang sesuai. Tidak mengapalah, dalam hal ini kita bukan boleh paksa orang bercakap. Yang penting, ia sah dari segi hukum hakam agama dan pengakuan itu dapat mengelakkan fitnah serta pelbagai spekulasi.


4u-today: Bertuah Bung Moktar. Zizie memang anak yang baik, cantik, peramah dan suka bermanja.

No comments:

Post a Comment